Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Ingin Bersara Pilihan?

Setelah  berfikir semasak-masaknya, dan mengambil kira baki hutang sedia ada, aku nekat untuk menamatkan perkhidmatan secara pilihan umur 58 tahun.  Bagi menggenapkan tahun persaraan aku menetapkan untuk mengambil tarikh persaraan pada 2 Januari 2020.  Aku mula menguruskan segala kerja-kerja dengan mengemas kini dan merekod dengan lebih terperinci agar memudahkan staf lain yang akan mengambil alih tugasku.   Aku juga menurunkan mana-mana ilmu kemahiran yang boleh digunapakai oleh staf lain supaya mereka dapat meningkatkan ilmu dan juga  meningkatkan kerjaya mereka di masa akan datang.    Bila waktu rehat, aku mula membuka web Jabatan Perkhidmatan Awam bahagian pencen, mencari maklumat berkaitan perkiraan pencen untuk mengetahui berapakah jumlah ganjaran perkhidmatan dan pencen bulanan yang akan aku peroleh.   Laman web tersebut aku nyatakan di sini, mana tahu ada yang sedang berkira-kira untuk mengambil pencen pilihan. Ingin bersara pilihan atau wajib?  Anda boleh klik di sini  Hendak

Catatan Terbaharu